Sunday, October 13, 2013

*Lap habuk sikeet*

Assalamualaikum semua!! So how's life everbodyy? Ahha saye tahu berkurun blog ni tak update saye tahu saye tahu:( :( 

So adik-adik kakak-kakak sila duduk semua meh sini saye nak cerita sikit pasal perkembangan diri saye sekarang. Excited tak excited tak?hehe..

1. Sekarang saye tgh ber-fall semester tahun ketiga kat universiti tercinto saye ni. Dah lama pun start sem baru ni sejak September haritu lagi. Cume tak tahulah kenapa jadi pemalas gilo sekarang ni. Dah makin tua la kot gamaknye?lol

2. Mid-term exam baru start minggu lepas dan saya dah berjaya habiskan 2 paper dengan selamatnya alhamdulillah!. Ni tengah nak relaks tarik nafas sikit sebab ada lagi 3 paper ya kawan-kawan omaigaddd. So time bermalas-malasan camni kite ambik la kesempatan sikit nak update blog untuk korang semua cewaah:D 

3. Sebenarnya takde ape spesel pon nak cerita cuma tengah pening sekarang pasal tiket balik winter nanti nak balik berapa hb lah nak ambik winter kelas ke tidak dll kusut betul nak buat keputusan ish. Yang kat sane tak ke yang sudi ke datang melawat saye kat sini?hmm.

Apepon jom kite tengok sikit gambo-gambo yang terkumpul setakat ni!

First Malaysian restaurant in the town! Restoran Mentari namanya dan diorang serve nasi ayam, nasi lemak, nasi minyak dan macam-macam masakan Malaysia yang lain. Range harga agak mahal sikit kalau berbanding dengan kedai arab/pakistan kat Itaewon tu tapi kalau nak satisfy your craving once in a month tu bolehlah khenn

Waaaaa ini idola saye! Kat atas ni masa teman dia jalan-jalan cari souvenir kat Namdaemun. Ituhari Kak Dina ada datang Seoul sempena program talk dengan student-student dekat sini. Trust me Wardina cantik sangat subhanallah! Kak Dina humble sangat dengan kitorang dan sangat sporting orangnye. Time pergi jemput dia kat airport sangatlah tergamam+malu sampai tak tahu nak cakap ape. Papepun I wish I can be like her someday:)



Bella K.


No comments:

Post a Comment