Tuesday, January 28, 2014

2014!

Assalamualaikum semua! Aci tak kalau baru nak wish happy new year 2014?Aci tak aci yang penting blog ni ku yang punyaa hahaha.

Dalam aci tak aci tu, aku harap kehidupan korang semua akan dilimpahi rahmat olehNya dan semua azam korang untuk tahun ni akan tercapai. Yang mana nak sit untuk paper besar akak doakan selamat berjaya! Dan juga sape yang baru grad & nak start kerja sila tempuhi alam pekerjaan elok2 ecehh. Tetibe teringat yang aku pun ada lagi setahun jaa tinggal before grad aduiduii tua nye iols!!

Sebenarnya aku nak throwback tahun 2013 ni. Alhamdulillah 2013 treated me well! Banyak sangat pengalaman manis pahit sepanjang tahun ni. Jumpa banyak orang hebat-hebat, attended banyak program best, pergi jalan sana sinun..pergi kelas,balik,makan,tido..exam pun banyak!

Haritu lepas habis spring sem aku ada ambik winter kelas jap. Memang busy melampaulah bak hang. Tapi ku dah balik Malaysia for winter break! Sekejap pun jadilah. Mane dapat tahan godaan sate ayam nasi kerabu nasi lemak kan kan kan.

So sape nak ajak lepak ke..ajak gi pantai ke..boleh2 dipersilakan..akak kau ni tengah available sekarang wahaha..





Ni time annual dinner anjuran PPMK ritu hari..Part paling best dia buat kat Grand Hyatt Hotel okeh!! Alhamdulillah berpeluang gak merasa hotel best ni kan..Kalau nak harap sendiri memang la no money no talk la..



Tahun ni gak berpeluang untuk sama-sama join bulatan gembira yang paling best kat dunia!! Yang paling kiri tu Kak Mira..paling sedih time nak berpisah haritu..entah boleh sama group ke tidak..papepun happy graduation Kak Mira! Nanti dah kerja ingatlah kami dalam gajimu kekeke.



Well, tahun ni gak aku berpeluang untuk secretary KUK..which stands for Kelab UMNO Korea..don't worry be happy kelab ni bukan kelab politik tau hihi..banyak sangat timba pengalaman tulis minit mesyuarat bagai, surat rasmi sume..rasa susah payah jadi penganjur aktiviti untuk dak2 Malaysia kat sana..penat-penat pun kuk memang bestlah!! Alhamdulillah segala penat lelah sume terbayo bile kitorang dinobatkan Anugerah Kelab UMNO Cemerlang yeayy..Sugo2 untuk semua! 



Bulan 12 haritu pulak, kitorang terpilih untuk jadi finalis for Hanyang Capstone Design CEO Camp by Hanyang University. Basically pertandingan ni pasal nak uji kau kreatip ke tak bile handle satu project bermodalkan 50,000 won = RM 150. Even dapat encouragement award je, tapi kitorang bangga tau sebab we are the first foreigner team to enter the contest among the Korean students yang hebak-hebak tu alhamdulillah :D



2013 jugak bagi chance untuk jumpa Kak Wardina! Subhanallah she's so humble and I've never found any celebrities that's so down-to-earth like her..Kak Dina datang ke Seoul as salah sorang penceramah dalam program anjuran kitorang kat sini. Rasa tak puas dengar dia cakap. Words dia pun penuh dengan ayat-ayat memuji Allah. Entah bile lah lagi dapat jumpe dia kan..


Ku jugak berjaya pergi bercuti kat pulau yeayy!! Time ni kat Pulau Perhentian...rasanya time summer break haritu pergi dengan kawan-kawan yang study sekali kat Korea nun. Time ni lah first time try snorkelling..nampak penyu besau..baby shark pun nampak gak hehe tapi sumpah best gils!


Terasa nak pergi lagi bercuti kat pulau cantik camni..time ni kulit melecur teruk aih..tak tahan panas..amboi kemain kau..


Banyak lagi cerita pahit manis sepanjang 2013 ni..Tapi yang pahit tu kita toksah dok ingat sangat..yang manis tu kita kenang..kita pakat bukak buku baru ye dak? Happy 2014 uols!!