Friday, October 18, 2013

Syurga Dunia.

Assalamualaikum! Esok dah nak start weekend so malam ni kite curi masa sikit update blog sikit, boleh kan?hihi.

Cer angkat tangan sikit sape yang tak suka makan?Lagi-lagi kalau sebut nasi lemak nasi ayam nasi hujan panas chicken chop dan macam-macam lagi. Even orang yang tengah diet pun kemain berperang dengan perasaan tau. Apatah lagi kita yang tak boleh tengok makanan tersedia bawah tudung saji terus rasa nak ngap.Tabik spring laa dengan dorang ni weehoo!

Ekceli, saye bukak topik pasal makanan sebab saye tengah LAPAR! Bila lapar, mulalah tangan gatal nak tengok gambar-gambar makanan mesia yang marvelous kebabom  tu. Yelah kat sini kalau nak makan kene cari sendiri. Lapar tengah-tengah malam tanggung sendiri, takde maknanya kedai mamak 24 jam tu semua.Takde maknanya kau bangun pagi terus tersedia sarapan bawah meja no no no. 

Sebab tulah duduk kat negara orang ni, baru start nak hargai betapa bestnya duduk kat Malaysia sana. Betapa heavennya makanan-makanan kat sana. Kalau boleh, rase macam nak suruh mamak-mamak tu terbang datang sini masak untuk kitorang. Sorang je pun takpe dah hahaha.

Banyak pulak bebelnya. Nak letak lah sikit gambo-gambo makanan buat pengubat rindu gitu..Jom layan!



Sate oiiii sape tak sukeee?!!Makanan paling feveret kot!

Chic chic chickenn chop!


Antara masakan mak, yang ni paling suka. Ikan masak masam maniss


Ahh meleleh ayaq liuqq

Takde mangga?no problemoo kita ada rojak epal.

Dan ayam bakar kicap ye rakan-rakan!

First time balik Malaysia haritu nilah antara makanan terawal kene ngap!hehehe

Rendang ayam wajib masa raya! Yang ni masa raya puasa lepas:)

Kakak saye punya the famous moist choc cakee!

mi mi mihun sup

Kenal tak amende ni?Nilah satar, famous food kat area pantai timur. Makan panas-panas sodap!

Wohoho yang ni tak leh tinggal kalau gi mamak!



Ahhhh perut dah bunyikk!!






Bella K.









         


Monday, October 14, 2013

Travel!

Destinasi travel kita kali ni adalah...jeng jeng jeng Pulau Perhentian!!

Trip kali ni saya pergi dengan girlfriends yang sama-sama study kat Korea sana nun dan kitorang pergi selama 3 hari 2 malam. Kat Korea tengah summer break so kebanyakan student balik Malaysia time ni dan saya tak ketinggalan weehoo!. Cuti raya kot sape taknak balik hahah.

Alkisahnya kitorang ambil pakej RM360 sorang untuk penginapan dan aktiviti snorkelling. Makan dan kalau nak buat aktiviti lain tanggung sendiri . Resort yang kitorang duduk tu ada sediakan breakfast tiap-tiap pagi dan ia adalah free! Dan makanan yang diorang prepare sangatlah heaven:D

Subhanallah! Cantik en en?


Aktiviti first! Main banana boat yang sumpah dah taknak try pasni. Nama je banana tapi sekali dia pusing terbalik dalam air rasa macam nak mati  ':( Tapi fokusnye kat sini nampak bercahaya tak muka orang-orang kat belakang tu?muahaha







Nak dijadikan cerita kitorang pergi sini hari Isnin. Punyelah excited sampai terlupa hari tu rupenya weekdays. Memang sampai situ ramai gile mat-mat minah salih dan ade berapa kerat je melayu. Seyes rasa biar betul aku kat Malaysia ni rasa macam kat Phuket okay ni tipuuㅠㅠ








Subhanallah lagi sekali memang cantik sangat air dia. Jernih sangat-sangat. Ape orang cakap kagum tahap moksya. Lepas je aktiviti snorkelling, memang lama gila kitorang berendam dalam air. Yelah sebab kagum katakan sampai tak perasan kulit masing-masing dah terbakar tahap BBQ dah. Tak caya ke?meh nak tunjuk bukti wahaha
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ko hadee?hehe






Bella K.


Sunday, October 13, 2013

*Lap habuk sikeet*

Assalamualaikum semua!! So how's life everbodyy? Ahha saye tahu berkurun blog ni tak update saye tahu saye tahu:( :( 

So adik-adik kakak-kakak sila duduk semua meh sini saye nak cerita sikit pasal perkembangan diri saye sekarang. Excited tak excited tak?hehe..

1. Sekarang saye tgh ber-fall semester tahun ketiga kat universiti tercinto saye ni. Dah lama pun start sem baru ni sejak September haritu lagi. Cume tak tahulah kenapa jadi pemalas gilo sekarang ni. Dah makin tua la kot gamaknye?lol

2. Mid-term exam baru start minggu lepas dan saya dah berjaya habiskan 2 paper dengan selamatnya alhamdulillah!. Ni tengah nak relaks tarik nafas sikit sebab ada lagi 3 paper ya kawan-kawan omaigaddd. So time bermalas-malasan camni kite ambik la kesempatan sikit nak update blog untuk korang semua cewaah:D 

3. Sebenarnya takde ape spesel pon nak cerita cuma tengah pening sekarang pasal tiket balik winter nanti nak balik berapa hb lah nak ambik winter kelas ke tidak dll kusut betul nak buat keputusan ish. Yang kat sane tak ke yang sudi ke datang melawat saye kat sini?hmm.

Apepon jom kite tengok sikit gambo-gambo yang terkumpul setakat ni!

First Malaysian restaurant in the town! Restoran Mentari namanya dan diorang serve nasi ayam, nasi lemak, nasi minyak dan macam-macam masakan Malaysia yang lain. Range harga agak mahal sikit kalau berbanding dengan kedai arab/pakistan kat Itaewon tu tapi kalau nak satisfy your craving once in a month tu bolehlah khenn

Waaaaa ini idola saye! Kat atas ni masa teman dia jalan-jalan cari souvenir kat Namdaemun. Ituhari Kak Dina ada datang Seoul sempena program talk dengan student-student dekat sini. Trust me Wardina cantik sangat subhanallah! Kak Dina humble sangat dengan kitorang dan sangat sporting orangnye. Time pergi jemput dia kat airport sangatlah tergamam+malu sampai tak tahu nak cakap ape. Papepun I wish I can be like her someday:)



Bella K.