Saturday, December 21, 2013

Happy Graduation Sisters!

First, happy graduation untuk kakak-kakak dan abang-abang senior semua! 

Good luck for your future:D 그동안 많은 걸 배워서 너무 고마웠어요 :)




with Kak Mira, Kaknis & Kak Sofia.. 

Kakak-kakak saya yang cantik& baik hati,
Mintak maaf kalau ade tersalah silap dan terkasar bahasa huhu..
Dan terima kasih untuk semuanya..난 언니들이 많이 많이 보고싶을 거예요 <3





Sebak.

Sunday, November 24, 2013

Thai Terrace

A night to remember with my lovely friends. Actually we went makan2 at Thai Terrace,Jukjeon and it took exactly 1 hr to reach there by subway pheww.

And the foods were so good yummy!! Credit goes to my roomie Gracie <3

Saturday, November 16, 2013

The Sibs.

Sebenarnyakan...cheq malas gilee nak tulis entri baru tau dok. Time-time awal dulu semangat tulis sampai dua entri sehari. Nampak hangat tak hangat tahi ayam perangai tu. Biasalah manusia...takde yang sempurna eceh.

Dan sekarang ni homesick gils cheq habaq kat hangpa. Rindu sangat nak tengok muka mak abah cheq, adik beradik cheq pastu kawan-kawan tersayang semualah. Susah tau dak nak control feeling bila dok belek-belek gambar, twitter kawan-kawan yang ada kat tanah air tu. Rasa nak tumpah ja ayaq mata jantan ni. Nasib baik cheq macho kehkeh.





Awatnya tak balik awal?Haa mesti ada di kalangan hangpa tanya kan eleh bajet. Sebabnya..malaslah nak ceghita. Panjang ceghitanya har har. Berbalik kepada tujuan asal, ekceli cheq nak cerita pasal family cheq ni haa. Terubat sikit kerinduan hihi:D




Nilah kakak sulung cheq, Kak Bina. Kak Bina dulu study kat Amareka nun course biotech. Tak sempat nak gi jejalan sana fefeling orang newyork dia dah grad awal-awal dah camni aa.. Sekarang tengah buat master kat HUSM. Dia ni boleh kata yang paling rapat sebab umur tak banyak beza. Satu benda je yang cheq tak suka, ramai orang cakap cheq kakak dan dia adik T_T.




Satu-satunya hero dalam family. Nama Fahmi tapi panggil Ami ja. Selepas cheq, lahirla dia ni. Mak cakap sebab time-time kecik dia paling bising dan kuat nangis maka time besar jadi orang tak banyak cakap. Kawan pun ciput je kot hahah Ami kalau baca jangan marah tehee:P. Umur beza tiga tahun dengan cheq dan sekarang dah 19 tahun kot(?). Tengah study ALUK kat Intec nun. Takdak rezeki pi US kita pi pusing pulak UK sana noh.





Ni pulak adik second last. Kitorang panggil Nini ni anak abah sebab ade lesung pipit macam abah:D. Nini study kat Faris Petra gak. Dak ni baru lepas exam PMR tahun lepas. Tunggu nak ambik spm tahun depan. Berbanding dengan adik laki cheq tu, dak ni banyak mulut sikit. Kepoh semacam kat sekolah dengar cerita haha.





Aya/Atek. Adik paling bongsu. Dah jadi anak dara kot sekarang pandai dah pakai makeup semua wuu. Dak ni sekarang form 1. Dia la dok teman mama abah kat rumah sebab anak lain suma duduk jauhㅜㅜ. Minat sangat dengan group apa ntah Exo? haa. Hmm tak tau nak cita apa pasal dia lagi nanti kalau teringat update balik kat sini ye dik?muehehe.



Tulaa serba sedikit pasal adik-beradik cheq. Walaupun suka mengata suka bergaduh apa orang cakap air dicincang tak akan putus gitu. Klah nanti cheq cerita pasal mama abah kat entri lain kay:)





Cheq paling ketot ㅜㅜ

Tuesday, November 12, 2013

Grand Annual Dinner 2013

Assalamualaikum semua! Ehem.

Haritu kan, kite ade attend satu event ni. Grand punye event lah sebab tu nama dia Grand Annual Dinner! hihi..Event ni secara ringkasnya satu majlis farewell untuk meraikan senior-senior tahun akhir, Batch 9.

Rasanya kan dalam banyak-banyak dinner, tahun ni punya location paling kebabom lah wa cakap. Grand Hyatt Hotel ni adalah tempat pelakon Lee Byung-Hun & Lee Min Jung nikah. Wah3 at least dapatlah merasa tapak kaki diorang even tak dapat tengok direct hehehe.



Tema dinner tahun ni adalah klasik. Cer tengok baju kite menepati syarat tak? Ke tak kena?hahah tak kisah lah yang penting dah selamat semua makanan best dalam perut keh3.











Introducing my date Bazlyn!! Ehe kononlah kan:P











Dak-dak sama uni. Hanyang Uni 만세!!



My roomates! Maddie, Kak Yani & Gracie=)





Sepolas las las!


Gegirls 59!




Terima kasih PPMK! Puas hati sangat dengan dinner tahun ni=D












Friday, October 18, 2013

Syurga Dunia.

Assalamualaikum! Esok dah nak start weekend so malam ni kite curi masa sikit update blog sikit, boleh kan?hihi.

Cer angkat tangan sikit sape yang tak suka makan?Lagi-lagi kalau sebut nasi lemak nasi ayam nasi hujan panas chicken chop dan macam-macam lagi. Even orang yang tengah diet pun kemain berperang dengan perasaan tau. Apatah lagi kita yang tak boleh tengok makanan tersedia bawah tudung saji terus rasa nak ngap.Tabik spring laa dengan dorang ni weehoo!

Ekceli, saye bukak topik pasal makanan sebab saye tengah LAPAR! Bila lapar, mulalah tangan gatal nak tengok gambar-gambar makanan mesia yang marvelous kebabom  tu. Yelah kat sini kalau nak makan kene cari sendiri. Lapar tengah-tengah malam tanggung sendiri, takde maknanya kedai mamak 24 jam tu semua.Takde maknanya kau bangun pagi terus tersedia sarapan bawah meja no no no. 

Sebab tulah duduk kat negara orang ni, baru start nak hargai betapa bestnya duduk kat Malaysia sana. Betapa heavennya makanan-makanan kat sana. Kalau boleh, rase macam nak suruh mamak-mamak tu terbang datang sini masak untuk kitorang. Sorang je pun takpe dah hahaha.

Banyak pulak bebelnya. Nak letak lah sikit gambo-gambo makanan buat pengubat rindu gitu..Jom layan!



Sate oiiii sape tak sukeee?!!Makanan paling feveret kot!

Chic chic chickenn chop!


Antara masakan mak, yang ni paling suka. Ikan masak masam maniss


Ahh meleleh ayaq liuqq

Takde mangga?no problemoo kita ada rojak epal.

Dan ayam bakar kicap ye rakan-rakan!

First time balik Malaysia haritu nilah antara makanan terawal kene ngap!hehehe

Rendang ayam wajib masa raya! Yang ni masa raya puasa lepas:)

Kakak saye punya the famous moist choc cakee!

mi mi mihun sup

Kenal tak amende ni?Nilah satar, famous food kat area pantai timur. Makan panas-panas sodap!

Wohoho yang ni tak leh tinggal kalau gi mamak!



Ahhhh perut dah bunyikk!!






Bella K.









         


Monday, October 14, 2013

Travel!

Destinasi travel kita kali ni adalah...jeng jeng jeng Pulau Perhentian!!

Trip kali ni saya pergi dengan girlfriends yang sama-sama study kat Korea sana nun dan kitorang pergi selama 3 hari 2 malam. Kat Korea tengah summer break so kebanyakan student balik Malaysia time ni dan saya tak ketinggalan weehoo!. Cuti raya kot sape taknak balik hahah.

Alkisahnya kitorang ambil pakej RM360 sorang untuk penginapan dan aktiviti snorkelling. Makan dan kalau nak buat aktiviti lain tanggung sendiri . Resort yang kitorang duduk tu ada sediakan breakfast tiap-tiap pagi dan ia adalah free! Dan makanan yang diorang prepare sangatlah heaven:D

Subhanallah! Cantik en en?


Aktiviti first! Main banana boat yang sumpah dah taknak try pasni. Nama je banana tapi sekali dia pusing terbalik dalam air rasa macam nak mati  ':( Tapi fokusnye kat sini nampak bercahaya tak muka orang-orang kat belakang tu?muahaha







Nak dijadikan cerita kitorang pergi sini hari Isnin. Punyelah excited sampai terlupa hari tu rupenya weekdays. Memang sampai situ ramai gile mat-mat minah salih dan ade berapa kerat je melayu. Seyes rasa biar betul aku kat Malaysia ni rasa macam kat Phuket okay ni tipuuㅠㅠ








Subhanallah lagi sekali memang cantik sangat air dia. Jernih sangat-sangat. Ape orang cakap kagum tahap moksya. Lepas je aktiviti snorkelling, memang lama gila kitorang berendam dalam air. Yelah sebab kagum katakan sampai tak perasan kulit masing-masing dah terbakar tahap BBQ dah. Tak caya ke?meh nak tunjuk bukti wahaha
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ko hadee?hehe






Bella K.