Okay back to the story sebenarnye aku tengah dalam holiday mood ni walaupun sekolah nak bukak kurang 2 minggu lagi. Winter break haku ekceli start dari bulan dobelas haritu lagi tapi bulan satu barulah aku sampai ke Malaysia tanah airku terchenta. Duduk kat rumah ni takde buat ape pon sebenarnye tapi syok kot wa cakap dengan lu. Rutin aku sehari-hari basuh baju, sidai baju, masak lunch, lipat kain, cuci pinggan, makan sikit-sikit dan tidur banyak-banyak haha. Salah satu aktiviti yang paling aku suka bila bercuti dekat rumah adalah membuang masa. You know macam time tu kau tatau nak buat ape lepas tu kau fikir ape benda yang kau patut buat untuk isi masa kau. Tapi tup-tup tengok jam dah pukul dobelas tengah malam then time to sleep yeah!Haa macam tulah namanya membuang masa. Best kot buang masa ni sape cakap tak best tehee *adik-adik jangan ikut ahkak kau ni*
Selama aku dok bercuti ni takde pon bende-bende best yang aku buat. Setakat lepak jumpe kawan-kawan kat kbmol tu perkara biase la kot sebab tiap-tiap kali balik mesti akan jumpa punye. Tapi bersyukur sangat alhamdulillah sebab adanya cuti CNY time aku bersenang lenang kat rumah ni. Oh ya ape kaitannya tu? Haa sebabnya bila ada cuti panjang bermakna adik-adik aku yang dok study jauh-jauh tu akan pulang ke sangkar/rumah. Bila semua ahli keluarga cukup, kami akan dapat balik kampung yeay!!
Kampung kami kalau nak tau kat Bukit Cabang, Peghelih. Memang kampung belah mama ni macam dalam cerita tv tuu bila bukak tingkap nampak bukit. Rumah tok mengadap kebun getah pastu kena gantung kelambu tiap-tiap malam sebab nyamuk menggila hahaha. Nilah suasana kampung yang bagi aku sangat best dan terkenang-kenang sampai termimpi-mimpi dalam tidur*okay ini tipu lol*
No comments:
Post a Comment