... okay assalamualaikum semua!*mood kasi naik sikit*
Itu hari, kami berjaya buat winter getaway ke 대관령 양떼목장! Atau bahasa mudahnya nak pergi tengok kambing biri-biri yang gebu! Alhamdulillah time tu adela bajet sikit-sikit..lagipun baru habis exam so kita relakskan diri jap pergi jalan luar Seoul..
Mulanya ingat nak pergi kami perempuan berempat je,Nas, Madi, Fatin dan aku, tapi dak laki nak join sekali so kita konvoi 3 kereta. The more the merrier gitu. Disebabkan perjalanan tu makan masa gak, kami sepakat tidur kat guesthouse sana satu malam!
Cantik kan? Subhanallah!
Lepas pusing-pusing jap kitorang pun bertolak ke destinasi utama kita..pegi tengok kambing biri-biri!! Haruslah eksaited okeh!
Bila dah sampai tu..memang semua terlopong!cantik sangat!Scenery die cun gile..Memang sesuai sangat kalau nak buat photoshoot wedding ke hape..tapi kene pakai winter coat la..takyah mimpi pakai baju pengantin beropol-ropol bagai..sejuk nak mam k..hahah..btw,sheep farm ni terletak kat atas pergunungan ala2 Alps gitu haa. Dan rasa lucky sangat sebab snow tak cair lagi!!
The girls!Sejuk gile k..haa balut jangan tak balut!
The biri-biri!! Nak masuk sini pun kene beli tiket tau..so dengan tiket tu, kita dapat feed dak-dak biri ni tadi hehe..Comel gile menatang ni...montel-montel belake..saiznye memang duakali ganda lah daripada yang dekat Malaysia punya..tenung lama-lama gambar atas ni nampak photogenic pulak biri-biri ni ewahh
Sebenarnye ade satu lagi tempat, tempat kincir angin tu..tapi dah tak sempat..solat pun tak lagi..dengan bau kambingnye..hahah so jomlah kita pulang ke sarang..gitu..nak cari guesthouse pun siap sesat lagi hahha..lepas main pusing dua kali akhirnya jumpa sudah!
So lepas settle solat bersih diri semua..kita pergi bbq!!oopss sebelum tu korang tau dak rancangan Star King?? Star King ni time tu organize satu pertandingan..dan time tu salah sorang kawan kitorang, Mamat berjaya masuk final & menang tempat first! Masa tu memang tengok live ramai2 kat bilik guesthouse tu..nasib baik sempat hehe.
Cayala Mamat!! *sorry mat curi gamba hehe publisiti sikitt*
BBQ sempena meraikan kemenangan Mamat!haha
So pagi tu bertolak balik ke Seoul..kene awal-awal..nanti kang jem pulak haa..papepon memang bestlah trip kali ni..bukan senang nak rancang sume..nak tempah guesthouse sume..nak perap ayam bbq..nak pandu jauh-jauh kan..orang cakap pengalaman macam nilah yang tak dapat dibeli ye tak..hehe
No comments:
Post a Comment